Thursday, February 21, 2013

Chocolate Bottom Banana Square

Pertamanya, saya mengaku saya adalah seorang Instagram Addict!
 
Keduanya, saya amat berterimakasih kepada IG kerana menemukan saya dengan ramai kawan2 bakers yang sangat berbakat dan memberi inspirasi. Seronok berkongsi tips dan bertukar-tukar resipi di alam maya.
 
Satu resipi baru yang saya cuba awal tahun ini dipanggil Chocolate Bottom Banana Square. Atau , nama pendeknya CBBS. Ianya merupakan kek pisang yang mempunyai lapisan yang dicampur coklat di bahagian bawah dan ditaburi dengan chocolate chips dan kekacang di lapisan atas. Pertama kali terpandang rakan IG saya, @zarinbahrin upload di timeline, terus kecur air liur. Pada hari yang sama juga, seorang lagi rakan, @khairul_bariah turut membuat kek yang sama. Terus keesekon harinya , pagi-pagi lagi saya dah terpacul kat kedai runcit membeli pisang. Dan.. hasilnya sungguh tidak mengecewakan. Sungguh asyik sekali.
 
Dalam masa sebulan ini, rasanya hampir setiap hari ada saja rakan yang minta dibuatkan CBBS. Alhamdulillah. Seronok buat kek ini untuk mereka kerana setiap kali, rumah pasti berbau harum dengan aroma pisang, coklat dan kekacang. Macam ada famous amos kat sebelah rumah bak kata seorang rakan di FB . (Saya kongsikan juga resepi ini di FB dan ramai yang telah mencuba. That's the way we like it Sharing is caring. Spread the love. Mmmuah. muah. xoxo)
 
Chocolate Bottom Banana Square
Sumber/rujukan : zarinbahrin
 
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam (tak perlu jika guna mentega bergaram -- i always use salted butter for this cake)
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan pisang yang dilenyek (saya suka guna pisang berangan - dalam 6-7 biji)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan coklat cip
kekacang (saya suka guna almond)
 
Cara-caranya:
 
1. Sediakan loyang 8"x8". Panaskan oven pada suhu 170C
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.
3. Di dalam bekas lain, pukul mentega dan gula sehingga kelihatan berkrim.
4. Masukkan telur dan pukul lagi.
5. Masukkan esen vanilla dan pisang yang dilenyek. Pukul sebentar dengan mixer sehigga sebati.
6. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sekata.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. Campurkan serbuk koko kepada satu bahagian untuk menghasilkan adunan coklat.
9. Tuang adunan coklat sebagai lapisan pertama--bottom layer, dan diikuti dengan adunan pisang sahaja.
10. Taburkan cip coklat dan kekacang di lapisan atas.
11. Bakar selama 30 minit.
 
Selamat mencuba. :))
 

No comments:

Post a Comment