Thursday, April 18, 2013

The Sicilian Orange Cake

Jika teringin nak buat kek yang mudah tapi tak cepat muak, inilah keknya. Saya happy sangat yang saya mencubanya. Keknya cukup kelembapannya. Cukup rasa. Separuh adunan habis dalam sekelip mata. (Saya bakar dalam 2 loyang bersaiz 6" memandangkan ada seorang customer yang minta saya buatkan kek oren untuknya. Jadi separuh untuk dia. Separuhuntuk saya lah. :))

Resipi ini saya ambil dari blog Rima, juga pernah dicuba oleh thekitchenguardian dan my instagram baking buddy, zarinbahrin. All of them came out with a good review so, this is a must try recipe.

Kek Oren Sicilian
Rujukan :Blog Bisous 'a toi

250g mentega tulen (saya guna salted butter, Anchor)
250g gula kaster (saya guna 230g sahaja)
4 biji telur
1 1/2 sudu kecil parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri
85ml perahan jus oren segar

Cara-cara
*Panaskan oven pada suhu 170°C
1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga warna bertukar pucat.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan parutan kulit oren. Pukul sebentar.
4. Masukkan kesemua tepung sekali dan adun hingga sebati. Kelajuan paling minima.
5. Masukkan jus oren dan adun lagi sebentar dengan perlahan sehingga sebati.
6. Bakar dalam loyang 8" atau 2 loyang 6" pada suhu 170°C selama 45 minit.
7. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dituang glis aising.

Untuk Glis Aising
Bahan-bahan
125g gula aising
5 sudu kecil perahan jus oren

Cara-cara
Adun gula dan jus oren sehingga mencapai konsistensi yang sesuai untuk dituang atas kek sebelum dihidang. Sejukkan.

Selamat mencuba. Seperti saya, anda pasti amat sukakannya. :)

No comments:

Post a Comment